BAB 6 : 2. METODOLOGI KAJIAN
Metodologi
Kajian?
Beberapa
kaedah kajian telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam kajian
ini.Kepelbagaian kaedah adalah bertujuan untuk memastikan maklumat yang diperoleh
adalah tepat, jelas dan benar.Kaedah yang kami gunakan adalah kaedah
pemerhatian dan perbincangan kumpulan.Selain itu, kami turut mengakses artikel
yang berkaitan serta laman web sekolah. Kami tidak menggunakan kaedah soal
selidik kerana data yang akan dapat mungkin tidak jelas dan terlalu umum.
Pemerhatian
Kaedah
pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur
pemboleh ubah penyelidikan.Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam
mengumpul maklumat pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga.Melalui
pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan
pembolehubah-pembolehubah yang telah dikenal pasti.Peranan penyelidik ialah
sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta
melihattingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat. Dalam kajian
ini, kami telah membuat pemerhatian melalui video yang terdapat di media massa.
Video yang telah kami peroleh memberi maklumat yang jelas dan baik untuk membantu
kajian kami.
Perbincangan
Kumpulan
Berdasarkan
kajian ini, perbincangan antara ahli kumpulan amat penting untuk memperoleh
maklumat dan mencapai satu kata sepakat dalam membuat kajian.Hal ini juga
penting untuk bekerjasama bagi memastikan kejayaan di akhir kajian ini.
Comments
Post a Comment