BAB6 : 1. DEFINISI/ KONSEP PENGURUSAN SUMBER

APA ITU PENGURUSAN SUMBER?


PENGURUSAN?

 Pengurusan ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan proses kerja yang terancangdan dilaksanakan secara sistematik, teratur dan mempunyai garis panduan tertentu. Pengurusan juga terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satuatau lebih entiti untuk tujuan menyelaras dan mengharmonikan kumpulan tersebut bagi mencapaisesuatu matlamat yang telah dirancangkan (Buck, 2010).

Abdul Aziz Yusof (2004, 2007) menyatakan bahawa pengurusan merujuk kepadaseorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan. Antara fungsi pengurusantermasuklah proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha anggotaorganisasi serta menggunakan sumber-sumber yang lain dalam organisasi bagi mencapaimatlamat organisasi yang telah ditetapkan.

SUMBER?

⇝ Sumber pula merujuk kepada sesuatu bahan yang boleh digunakan serta dimanfaatkanoleh manusia dalam aktiviti ataupun kegiatan seharian.Sumber terdiri daripada pelbagai kategoriiaitu sumber alam atau semulajadi, sumber manusia, kewangan dan teknologi. Kategori sumber ini digunakan manusia secara langsung untuk proses kelangsungan hidup dan mempunyai perkaitan dengan definisi pengurusan tadi.

PENGURUSAN SUMBER?

⇝ Oleh sebab itu, pengurusan sumber boleh ditakrifkan sebagai bagaimana manusiamengorganisasikan sumber yang ada melalui proses merancang, memimpin dan mengawal untuk mencapai sesuatu matlamat. Dari aspek pembelajaran berasaskan sumber pula, kemahiranmengurus sumber adalah sangat penting bagi menjelaskan sesuatu fakta, membuktikan kesahihansesuatu fakta dan menyatakan kebenaran fakta berkenaan agar tidak menyimpang ataumenyerong dengan etika dan norma-norma masyarakat.

Comments

Popular Posts