BAB 6 : 4. DAPATAN KAJIAN

Dapatan Kajian



Terdapat lima faktor pengurusan sumber termasuklah Pentadbiran, Pusat Sumber, Bilik Multimedia, Bilik ICT dan Bilik Sukan. 


Pentadbiran  

Melalui pemerhatian yang telah kami peroleh pengurusan sumber pentadbiran sekolah ini mempunyaikemudahan yang agak lengkap untuk digunakan oleh para guru dan pelajar di sekolah tersebut.Bilangan kelas termasuklah kerusi, meja dan papan tulis dilengkapi dengan baik.Selain daripada itu, terdapat kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan serta persatuan Ibubapa dan guru (PIBG).Kemudahan tersebut dapat membantu dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Sekiranya kemudahan yang ada disekolah sengaja dirosakkan, pihak sekolah akan mengenakan denda dengan menggantikan atau membayar jumlah kerosakkan tersebut.



 Pusat Sumber 


Pusat sumber disekolah itu telah ditubuhkan sejak awal sekolah itu ditubuhkan.Walaupun begitu, bahan yang terdapat di pusat sumber itu tidak terlalu lengkap pada suatu masa dulu.Pusat sumber boleh dikunjungi sewaktu waktu pejabat dari jam 8 pagi- 5 petang dan diuruskan oleh pustakawan dan dibantu oleh pengawas sekolah.Antara perkhidmatan yang ada di dalam pusat sumber ini adalah seperti peminjaman buku dan mengadakan kelas di pusat sumber bagi memudahkan pelajar mendapakan bahan.Bahan yang ada di dalam pusat sumber juga boleh dipinjam sewaktu kelas.Namunguru juga perlu mendapatkan bahan untuk mengajar dari luar juga kerana sumber bacaan tidak lengkap.

Bilik Multimedia


Melalui pemerhatian video bilik ini digunakan oleh guru yang ingin mengajar menggunakan powerpoint, slideshow atau video. Bilik ini hanya boleh digunakan pada waktu kelas sahaja, sekiranya ingin digunakan diluar waktu kelas guru/pelajar perlu memaklumkan lebih awal kepada guru yang bertugas untuk penempahan bilik.Kami turutmendapati bahawa bilik ini sangat sesuai digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran era ini.

 Bilik Ict 

Bilik ICT berfungsi sebagai tempat untuk mencari maklumat.Terdapat juga guru yang mengajar murid untuk menggunakan powerpoint, microsoft word, microsoft excel dan sebagainya. Seorang guru telah dilantik untuk menjaga bilik ini dan dibantu oleh beberapa orang staf. Terdapat juga murid yang dilantik bagi membantu guru tersebut bagi menguruskan hal yang berkaitan termasuklah kebersihan. Staf sekolah yang menjaga bilik ini bertugas untuk menyediakan borang tempahan.

Bilik Sukan 

Dapatan kajian seterusnya kami mendapati bahawa bilik sukan ini membantu pelajar dan guru menjalankan aktiviti kokurikulum dengan lebih efisyen dan teratur.Bilik ini telah diuruskan oleh Penolong kanan kokurikulum dan dibantu oleh seorang guru.Setiap barang yang terdapat di bilik tersebut mempunyai nombor siri dan telah direkodkan.Bilik sukan ini dapat diperlusakan lagi dengan membuat penyusunan barang mengikut jenis agar lebih tersusun.

Comments

Popular Posts