BAB 6: ANALISIS SWOT


7.0 Analisis SWOT

7.1 Strengths (kekuatan)
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri Bainun mempunyai banyak kelebihan dari segi kekuatan mereka.Salah satunya adalah dari pihak pengurusan mereka sendiri.Mereka mempunyai pengurusanyang baikdan mempunyai perancangan yang sistematik.Salah satu usaha sekolah ini termasuklah memperbanyakkan sumber yang boleh diperolehi disekolah seperti menubuhkan Pusat Sumber, Bilik Multimedia, Bilik ICT dan Bilik Sukan.Oleh hal yang demikian, sekolah ini mempunyai pelbagai sumber yang boleh digunakan semasa P&P. Walaupun ianya tampak kecil namun sebenarnya memberi impak yang besar kepada pihak sekolah itu sendiri terutamanya para pelajar. Hal ini kerana ianya dapat membantu menaikkan lagi semangat mereka untuk hadir ke sekolah. Selain itu, bilik- bilik ini dihias dengan cantik dan kemas. Perkara ini penting kerana ianya akan dapat membantu bagi menarik minat pelajar untuk selalu berkunjung dan menyediakan persekitaran yang kondusif dan selesa untuk para pelajar dan guru-guru. Bukan itu sahaja, kekuatan yang mereka punyai, bahkan penglibatan ibu bapa juga menjadi kekuatan sekolah ini kerana mereka memberi kerjasama yang sangat baik dalam membantu pengurusan di sekolah.

7.2 Weakness (kelemahan)
Antara kelemahan yang terdapat di sekolah ini termasuklah kekurangan bahan bacaan.Hal ini menjadi salah satu kelemahan pengurusan sumber disekolah ini kerana guru perlu mendapatkan bahan untuk mengajar dari luar juga kerana sumber bacaan tidak lengkap. Oleh hal yang demikian, perkara ini akan menghadkan kreativiti pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pertindihan jadual yang menyebabkanmereka terpaksa berkongsi fasiliti sekolah seperti barang sukan dan bilik sumber.

7.3 Opportunities (peluang)
Sekolah ini mempunyai banyak peluang dalam meningkatkan dan memajukan sekolah mereka. Galakkan penggunaan ICT dalam kalangan pelajar dapat membantu meningkatkan prestasi sekolah.  Sebagai contoh guru-guru di sekolah ini menyuruh pelajar mencari maklumat menggunakan komputer. Tindakan ini dapat membenarkan pelajar mendapat maklumat yang lebih banyak dan meluas berkaitan dengan pembelajaran serta dapat menaikkan prestasi sekolah. Selain itu, pelajar boleh berkomunikasi secara langsung dengan guru melalui email ataupun telefon bagi bertanyakan mengenai pembelajaran selepas waktu persekolahan. Pelajar boleh menggunakan pusat sumber pada bila-bila masa antara jam 8 pagi sehingga 5 petang walaupun semasa aktiviti PDP dijalankan, menggalakkan pelajar untuk mendapat bahan bacaan dan pembelajaran dengan lebih mudah. Peralatan lengkap yang ada di bilik sukan membantu pelajar untuk menjalankan aktiviti kokurikulum dengan lebih efisyen dan teratur. Ini dapat menaikkan lagi prestasi kurikulum sekolah.

7.4 Threats (ancaman)
Meskipun sekolah ini mempunyai banyak kekuatan dan juga peluang, namun begitu terdapat juga ancaman yang dihadapi oleh pihak sekolah contohnya penggunaan ICT seperti computer akan memberi impak yang negatif kepada pelajar sekiranya pelajar penyalahgunakan kemudahan yang diberikan. Laman sesawang yang berunsurkan keganasan dan lucah akan mempengaruhi perlakuan pelajar di sekolah dan akan mencemarkan nama baik sekolah. Penggunaan sosial media juga turut mengancam nama baik sekolah jika pelajar memuat naik status mengenai keburukan sekolah.



Comments

Popular Posts